Monday, April 25, 2011

Birthday anak-anakku..

Salam update blog, kali ini saya nak update tentang birthday anak2 saya pada bulan Jan & Feb yang lepas. Pada 3rd Jan 2011, anak comel saya Aisyah menyambut hari kelahiran yang pertama, walaupun saya busy dengan kerja, maklumlah awal tahun, sempat jugak saya buatkan kek coklat dan cupcakes untuk rakan2 di nursery. Seterusnya pada bulan February, pada 11th Feb 2011, merupakan tahun kelahiran Wafiy yang ke 4. Menu sama seperti adik dia, cuma Wafiy nak Ben 10 edible image pada keknya.

Sepasang permata hati dan pengarang jantung saya...love both of u sooo much

Birthday cake & cupcakes - Wafiy

Birthday cake - Aisyah

Cupcakes - Aisyah

Friday, April 22, 2011

Cupcakes for Engagement


Order from officemate husband saya, tema black n white



order dari Fairuz untuk hari bersejarahnya..

Wedding Cake my sister in law


Salam...

Bulan Mar yang lepas merupakan hari yang bersejarah untuk keluarga suami saya kerana menerima ahli baru. Saya diberikan tugas yang besar oleh adik ipar saya untuk menyiapkan kek perkahwinan dia. Alhamdullilah saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Tema yang diberikan adalah purple kerana my sis in law yang obses dengan purple. Devil Food Chocolate kek menjadi pilihan saya unyuk adik ipar saya. Chocolate ganache sebagai topping dan strawberry sebagai penghias. Kek ini ditemani oleh 50 biji cupcakes chocolate moist.
Memang menjadi rebutan semua tetamu yang hadir pada ketika itu. Selain itu juga, saya juga menyiapkan 1,000 biji cupcakes berperisa vanilla oreo, coklat moist dan strawberry. Ini adalah untuk buah tangan dari pengantin untuk para tetamunya.

Lama sungguh...tak updateeeeee

Assalammualaikum....

lama sungguh saya tak update blog saya...5 bulan tur....reason...tak sempat sgt2. Rindu nak update tapi bila malam dah penat, tapi mlm ni memang saya bersemangat nak update blog saya,.
sebenarnya saya dah bertukar kerja dan kerja membaking cupcakes/kek diteruskan jugak...bergantung kepada order. Ermmm,,,,bab memasak tetap masak tapi biasa2 saja...sebab saya dan suami tengah control makan skit...nak kuruskan badan..apa2 pun saya nak ucapkan terima kasih kepada semua followers saya. InsyaAllah saya akan update blog saya setiap minggu.