Monday, August 30, 2010

Di Bulan Mulia..

Assalammuaalaikum...lamanya saya tak tulis blog...rindu juga nak post n3 tapi tak sempat...agak sibuk melayan anak2 dan berjalan-jalan hujung minggu. Cuti panjang hujung minggu lepas, saya pulang ke kampung halaman di Jitra, dan memang takde gambar sebab saya terlupa nak bawa camera saya skali...so hanya mampu bercerita tanpa gambar. Apa2 pun saya enjoy balik berpuasa minggu lepas kerana dapat berbuka dengan mak ngan abah tersayang. Husband ajak pergi Alor Setar nak beli songkok kat Pekan Rabu tapi tak dapat beli sebab parking penuh..ramai sungguh org kuar shopping kat Alor Setar dan saya ingatkan nak beli baju kurung kecik untuk Aisyah pun tak dapat sebab tak dak saiz..tengoklah nanti ingat nak pergi Giant Sec 13 Shah Alamatau kompleks PKNS Shah Alam..Itupun kalau ada saiz..Songkok pula husband kata nak pi Pasar Jawa Klang..ini pun kena pergi pagi2 kalau tak tak dak parking juga.
Banyak pula cerita saya kali ni, kisah cuppies sayakali nie order dari Shidah, dan Shidah dah banyak kali order ngan saya, terima kasih..khas untuk keluarga dia kat kampung, Happy Birthday to k.Pah, k. Tie, Hubby, m.Dik, Nadia, Afiq dan Abduh. Bestnya dapat sambut birthday skali..Deco kali ni Shidah nak variety dan BEN 10. Katanya anak sedara dia suka Ben 10. Thanks Shidah.

Thursday, August 26, 2010

Apom Lenggang

Apam Lenggang...apam lenggang...anak saya suka betul ngan apam nih...Kalau balik Jitra, kat pasar Jitra ada 2 org pakcik jual apam nih dan dia mesti nak tengok pakcik tur dok melenggang dan beli sekali mesti RM 2 untuk dia sorang...Saya tengok Kak Hana ada buat apam nih dulu...tapi macam tak rajin nak melenggang lagi..bila time bulan pose ni macam teringin nak makan...so kena melenggang ler...yang tukang lenggang nih husband saya, saya cuma tukang bancuh adunan jer...Sebab nyer anak kecik saya , Aisyah dok menangis nak suruh saya dukung dia...Ok jugak husband saya melenggang..ada talent kan...
Bagi yang teringin nak buat, resepi asal saya amik dari blog Cikgu Hana (a.k.a Kak Hana)
saya juga nak tepek kat blog saya nih resepi dia...kopipes nyer kak Hana..tengkiu...

Bahan-bahan
300g tepung beras
270 ml santan pekat
1 sudu kecil yis kering
60g gula
1/2 cawan nasi
secubit garam

Cara-cara
1. Kisar semua bahan kecuali garam hingga sebati.
2. Tuang kedalam mangkuk dan masukkan secubit garam. Kacau sebati. Boleh tambah sedikit air jika adunan kelihatan agak pekat.
3. Rehatkan selama 1 jam.
4. Panaskan kuali non - stik dan masukkan 1 1/2 senduk besar ke dalamnya.
5. Lenggangkan merata didalam kuali.
6. Tutup kuali tersebut dan biarkan 2 hingga 3 minit.
7. Angkat apom dan terus gulung. Ulang langkah tadi hingga habis.

Selamat mencuba.

Rohaizad - Vanilla Oreo Cake

Salam Ramadhan...sekejap jer kan dah 16 hari kita berpuasa. Bagi yang stay kat Selangor, esok cuti bolehlah luangkan masa bersama keluarga. Saya plak plan nak balik Jitra...InsyaAllah dapatlah berpuasa bersama-sama keluarga kat Jitra. Rindu sangat ngan family kat Jitra. Saya pandang-pandang jeling-jeling kat blog member-member, mereka dah start mengkukiskan diri...saya plak buat kek...nih pun saya dapat tempahan dari member office saya, Rohaizad. Nak bawa balik ke kampung sempena cuti hujung minggu ni. Biasanya Vanilla Oreo ni saya buat cupcake , tapi Rohaizad minta special request nak bentuk kek. Alhamdullillah menjadi kek saya. Saya plan nak mengkukiskan diri minggu depan ...tapi x tau nak buat kukis apa?? Tengoklah nanti cuti merdeka nanti...itupun kalau Si Comel Aisyah tak meragam.

Tuesday, August 24, 2010

Roti sardin

Roti sardin untuk berbuka puasa, juadah yang simple dan senang nak buat. first time tengok Kak Nor buat pastu ada pulak kat rumah Cik Ayu yang tinggal jauh kat Kota Singa. Mula-mula pasang niat nak buat, kemudian beli sardin dulu...pastu 2-3 lepas tur baru pergi Tesco nak beli roti burger. Kalau nak tengok step by step boleh tengok kat blog Kak Nor. Di sini saya sertakan resepinya sekali. Seperti biasa kopipes resepi dari blog Kak Nor..mohon halal nyer kak..

ROTI SARDIN
10 bj bun burger - saya guna 4 biji roti burger Gardenia. Roti ni dah siap dipotong.
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak
Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.Padamkan api dan kacau hingga sebati.Ketepikan.Cara2Potong dua bun burger.Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakangPenyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain.

Monday, August 23, 2010

Kuih Dadar Samarinda dan Roti Jala Berinti

Salam Ramadhan, sekejap jer kan dah sampai 2 minggu kita berpuasa. Kuih dadar samarinda nih hasil dari jenguk2 kat dapur Izah, Kak Nor dan lain2. Saya pun nak pecah dara acuan roti jala ngan kuali leper. Acuan roti jala saya beli kat One Utama, Kuali leper pulak saya beli ngan Chik Mimi..memang best dan excited bila buat kuih nih...cumanya kuih dadar saya nih tebal skit, so bila gulung dia pecah, resepi dari dapur Kak Nor. Saya alter inti dia dari sardin ke daging ayam cincang sebabnya saya nak perabih daging ayam cincang dalam fridge saya. Sori nyer kak Nor ngan Izah sebab saya alter inti dia. Lepas tur, ada lebihkan bancuhan tepung saya buat roti jala dan inti ayam saya letak dalam roti jala tersebut. Resepi asal boleh tengok kat sini. Alhamdullillah kuih nie memang menyenyangkan waktu berbuka puasa.

DADAR LAUK SAMARINDA
Bahan-bahan:
610 gm air
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak jagung
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

Bahan inti:
30 gm daging ayam cincang- saya guna jenama Ramly
30 gm sayur campur frozen
1 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar serbuk kari daging
5 sudu makan minyak masak
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua adunan hingga menjadi seperti adunan goreng pisang.
2. Kemudian masak di atas kuali dan leperkan secara membulat satu persatu hingga habis. Ketepikan.
3. Untuk membuat inti, panaskan minyak, dan tumis bawang besar hingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari dan sikit air dan masak hingga terbit minyak.
5. Masukkan daging ayam cincang, sayur campur, garam dan gula dan tunggu hingga masak.
6. Ambil dadar tadi, letakkan inti di atasnya dan gulung.
Sedia untuk di hidang.

** K.Nor guna botol mayo yg aritu utk buat stripe kat atas dadar tu
Kalau sapa2 nak buat gitu, asingkan sket adunan dan warnakan dgn warna yg kontra dgn warna asas dadar.
Lepas dah lenggang dadar tu dan dah kering permukaan atasnya, picit adunan yg dlm botol mayo tu.
Biarkan hingga adunan strip masak baru la diangkat
Terbalikkan atas dulang, isikan inti dan baru la digulung.
Sebaiknya sejukkan sekejap dadar sebelum mulakan proses meletak inti dan menggulung supaya dadar kita tak pecah. P/s - saya ikut mcm kak nor jugak untuk dapat strip kat kuih dadar.

Thursday, August 19, 2010

Yana - Hadiah untuk saudara di kampung

Salam ramadhan...alhamdullilah dah 8 hari kita berpuasa. Tempahan ini dari rakan office saya, Yana untuk diberikan kepada saudara kat kampung. Dia nak deco yang simple dan variety, so ini yang dapat saya ukirkan pada cuppies saya semlm..Alhamdullilah dia berpuas hati. Cupppies ni flavour vanilla oreo yang semakin digemari ramai.

Wednesday, August 18, 2010

Roti Sosej

Salam Ramadhan...semlm nak kata terlebih rajin tak juga...gas kat rumah dah habis dan sementara nak tunggu husband balik dan beli gas, saya buat roti dan sekali harung untuk menghabiskan tepung roti .Sebelum buat saya pergi ronda kat rumah CMG cari resepi roti dia. Punya nak cepat buat roti untuk berbuka sampaikan sosej tak letak betul2..bila potong..semua ketepi...ai...sabar je lah...takpelah lenkali nak buat comel2. Ni pun kira experimen juga..sepatutnya nak buat roti sosej n mix vege tapi anak kecik, Aisyah asyik nangis jer...last2 jadi roti sosej. :)
Resepi dari Dapur Tanpa Sempadan..izinkan saya kopipes kat sini nyer Cik Mat
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday") - saya guna nespray
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
3. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

Monday, August 16, 2010

Happy Birthday Nadia & Ain

Salam Ramadhan..di bulan yang mulai ini saya ada mendapat tempahan kek coklat dari member office saya, Yana untuk celebrate birthday rakan-rakannya. Thanks Yana. Semoga Nadia dan Ain dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. :)

Friday, August 13, 2010

Nasi goreng cina dan keow tiow goreng


Salam berbuka puasa, saya masak keow tiow goreng untuk suami dan nasi goreng cina untuk anak saya Wafiy. Anak saya kurang sihat pula...harap2 dia ok..

Bubur Lambuk

Salam, semalam hari kedua kita berpuasa, saya masak bubur lambuk. saya belajar bubur lambuk ni dari mak saya. Semalam masak lebih skit bubur ni sebab nak berbuka di rumah mertua saya kat Meru. Disini saya sertakan resepi bubur lambuk saya:

1 cawan beras - dibasuh terlebih dahulu
10 cawan air
1 cawan santan cair
1/2 kg tulang lembu
segenggam udang kering
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil halba
1 inci halia - diketuk
1/2 batang carrot - di potong memanjang
Daun sup dan daun bawang
Bawang merah - diracik halus
Sedikit minyak untuk mengoreng bawang.
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Beras dibasuh dan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan air dan dimasak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih masukkan tulang lembu dan udang kering. Masukkan halia yang diketuk, Kulit kayu manis, bunga lawang dan halba.
3. Biarkan tulang masak bersama-sama beras hingga menjadi bubur. Kemudian, masukkan carrot yang telah dipotong memanjang dan biar masak seketika.
4. Selepas itu, masukkan santan dan garam secukup rasa dan biar masak lagi hingga betul-nampak nampak pekat.
5. Sementara menunggu bubur hampir masak, boleh mengoreng bawang merah tadi untuk dijadikan bawang goreng.
6. Bila bubur dah masak, boleh masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Tutup api dan tutup periuk sekali.
7. Bila sampai waktu berbuka, bolehlah buka periuk bubur dan hidang untuk makan ersama keluarga.

Thursday, August 12, 2010

Menu berbuka - Kuehtiow sup dan Cucur Udang


Salam Ramadhan,
Menu berbuka pada hari pertama - kuehtiow sup dan cucur udang.
Kuehtiow sup nie saya letak daging dan sayur-sayuran. Cara buat yang senang dan main campak2 ajer.
Cucur Udang pula saya guna resepi dari dapur Kak Nor. Cucur udang nie lembut dan sedap, saya cicah dengan sos cili ajer. Izinkan saya share resepi di sini.
Cucur Udang - dari blog Kak Nor
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 bj telur1 sudu teh yis (mjauripan)
1 bj bawang besar ~ didadukan
daun saderi/daun bawang/kucaitaugeh
sedikit kunyit ~ nak kasi cucur kaler kuning
1 sudu teh garam
minyak utk menggoreng
# udang ~ mengikut bilangan berapa bj cucur yg dihasilkan
Cara membuatnya:
1.Campurkan kesemua bahan kecuali minyak.
2.Perap sehingga adunan naik sket (dlm 1/2 jam).Panaskan minyak dlm kuali.
3.Minyak kena lebih ya..Letak senduk bulat dlm minyak hingga minyak dan senduk panas.
4.Ceduk sedikit adunan cucur kedalam senduk dan letak udang seekor sambil tekan2 sket.
5.Masukkan dlm minyak panas dan goreng la hingga bahagian bawah cucur tu dah tak melekat kat senduk.
6.Goyang2kan sedikit senduk atau kuis jer dgn sudu atau lidi/chopstick supaya ia lekang dr senduk.Goreng cucur hingga masak dan angkat serta toskan.Bolehlah dipotong 4 sebelum dihidangkan.

Wednesday, August 11, 2010

Tart oh Tart...

Salam Ramadhan buat readers semua...tart nih dah lama buat dan dah abis dijual dah..lambat skit upload gambar ngan n3 sebab x sempat..yang menjualnyer adik ipar saya kat UiTM Shah Alam..saya buat aneka jenis cheese tart-blueberry,strawberry ngan kiwi dan tambah satu lagi fruit tart.

Monday, August 9, 2010

apam dot-dot + alphabet

salam minum petang...saya buat apam dot-dot plus ada alphabet untuk anak saya..suker dia. Ini kali kedua saya buat apam ni..masa kali pertama dulu saya blum ada blog lagi. Resepi dari dapur Kak Hana

Friday, August 6, 2010

Cuppies for baby girl

Order dari SIL saya untuk dihadiah kepada future BIL dia sempena kelahiran baby girl. Sedap nama baby girl ni..Nur Amani Alisha.

Thursday, August 5, 2010

Roti Kismis Gebu

Sarapan saya pagi bersama Roti Kismis Gebu. Keinginan nak buat roti ni dah lama sangat dah dan akhirnya tertunailah hasrat di hati pada pagi nih...kira menjadi jugaklah..lembut dan gebu. saya tak bulatkan kecik2 roti saya sebalik yang buat macam bentuk roti benggali. tur yang nampak besaq tu...takpa janji boleh makan ngan cicah ngan air kopi kaw punya..
Saya intai resepi kat blog Kak Nor dan Che Mat Gebu. Kak Nor ngan Che Mat, saya mintak izin publish resepi nih kat blog saya ya....

ROTI KISMIS GEBU
sumber : Che Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak sapi@ghee)
50 g kismis
1 biji telur*1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang.
2. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
3. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.
4. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang.
5. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega.

Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...

Happy Birthday Boss

Repeat order from Shidah untuk birthday bos dia. Beruntung En Aznizam ngan ustat dapat staff yang baik macam Shidah. Shidah request simple deco untuk celebrate birthday bos dia.

Wednesday, August 4, 2010

Sarapan - Cekodok Pisang Choc Chip

Salam...sarapan saya pagi nih saya buat cekodok pisang choc chip. Resepi dia senang jer, buat adunan macam nak buat cekodok pisang yang biasa cuma tambah choc chip sahaja...rasa dia tidak menghampakan tekak...memang sedap.

Tuesday, August 3, 2010

Kek Coklat lagi..

Kek coklat yang ditempah oleh Cik Amiza dari Allure Deco Interior Design Home Setia Alam sempena warehouse sales kat kedai dia. Tempahan sebanyak 6 biji untuk 3 hari berturut. Selain itu juga dia ada juga menempah kek pisang dari saya. So, kalau ada sesiapa yang tinggal berdekatan Shah Alam, Setia Alam dan Meru bolehlah singgah tengok2 curtain ker atau nak buat kitchen cabinet ke bolehlah singgah ke kedai tersebut. (promote plak hik hik)...

Devil Food Chocolate Cake

Devil Food Chocolate Cake - order dari Ira untuk majlis hari jadi anak dia. Cake ni memang highly recommended untuk celebrate apa2 majlis istimewa.

Monday, August 2, 2010

Cuppies for birthday

Tempahan dari Shidah-kawan satu office dengan saya,katanya hadiah untuk celebrate birthday kakak ngan abang dia. Dia ada jugak order fruit tart tapi saya tak sempat snap. Thanks Shidah nanti boleh order lagi yer..

Malam GengStar @ IQM Sdn Bhd


Tempahan dari Industrial Quality Management Sdn Bhd untuk celebrate birthday staff. Terima kasih kepada Puan Rozi yang beri kepercayaan kepada saya.