Friday, July 30, 2010

Cupcakes for Family and Friend @ Kampung

Repeat order from Azahar untuk family ngan kawan2 kat kampung pulak. Dia request 40 cuppies dan same deco..Alahamdullillah siap pada hari yang diminta..Thanks Azahar...nanti boleh order lagi yer...

Sambutan Hari Lahir


Salam...lama x update blog nih...agak sibuk ngan kerja kat opis.Tempahan cupcakes nih dari kawan kepada SIL saya, nama dia Cik Soleha...menempah cupcakes untuk majlis hari lahir kawan opis dia..tema dia x kisah..janji nak 20 biji..Alhamdullillah saya dapat siapkan walaupun dia order last minute..

Tuesday, July 27, 2010

Ikan goreng bersos daun limau purut

Menu berbuka puasa semlm...sebelum balik kerja jalan-jalan kat blog kawan2 masak nak cari resepi untuk masak ikan...terbekenan dengan resepi ni kat blog kak hana, kak hana punya version putih skit...saya punya tergelap skit sbb terlebih sos tiram plak...anyway layan resepi..kak hana mohon CnP kat sini yer

Bahan-bahan
* 2 ekor ikan bawal (atau ikan apa2 yg sedap digoreng) - Masni - saya guna ikan kerisi
* 1/4 cawan tepung serbaguna - Masni - saya guna tepung jagung.
* 2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
* minyak utk menggoreng
Cara-cara
1. Bersihkan ikan dan keringkan.
2. Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
3. Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
4. Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan
UNTUK SOS
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang - Masni - saya letak 3 biji jer..
5 bj cili padi merah ~ dicincang - Masni - saya x letak
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan -Masni - saya x letak sbb tak pernah beli pong
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
3. Masak hingga mendidih.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
5. Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

Kek dan Cupcakes untuk Hari Bersejarah

Hari Sabtu lepas merupakan majlis pertunangan SIL saya dengan pilihan hatinya..dia order cupcakes 16 pcs dan sebijik kek coklat untuk hantaran. Alhamdullillah majlis berjalan dengan lancar setelah lama menunggu kehadiran pihak lelaki ke rumah pihak perempuan...

SIL saya request concept pink n silver..Alhamdullillah saya dapat buat untuk dia. Design ni kena credit kat cikgu saya, EDI


Yang nih kek pertunangan bentuk heart shape.


Yang ni pula hantaran dari pihak perempuan ke pihak lelaki. Kepada SIL tersayang, semoga ikatan pertunangan kekal ke jinjang pelamin dan seterusnya kekal bahagia selamanya..InsyaAllah.....

Wednesday, July 21, 2010

Tuesday, July 20, 2010

Koc Wanita...

Salam...nak cerita sikit...pagi tadi saya menggunakan perkhimatan komutar dari shah alam ke KL...masa KTMB umumkan pasal koc wanita, saya macam excited nak naik...so bila ada kesempatan ari nih nak naik komuter ke KL lagilah saya rasa excited nak naik komuter..Perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur....masuk ke koc wanita memang ramai wanita...last2 nampak ada SEORANG LELAKI...mmm saya terfikir...LELAKI nih tak rasa bersalah ke masuk KOC WANITA...saya tengok muka dia buat dek ajer...macam x de rasa bersalah pun..saya ingat nak amik gambar...takut nanti lelaki nih ikut saya plak nanti...takpelah...biarkanlah...
Perjalanan balik dari Kuala Lumpur ke Shah Alam...pun sama jugak saya tengok RAMAI LELAKI masuk ke KOC WANITA...sedangkan KTMB letak banyak sticker KOC WANITA SEPANJANG MASA...so...APA GUNANYA KOC WANITA?? tetap xde perbezaan dengan koc-koc yang lain....
Maafkan saya kalau ada yang terasa...tetapi inilah perasaan saya untuk diluahkan...

Rainbow Marble Pudding

Salam...saya buat Rainbow Marble Pudding untuk Majlis Tahlil ari Ahad lepas...jenjalan kat Dapur Madiha..salin resepi dan buat..Alhamdullilah menjadi jugak puding nih...saya sertakan resepi sekali..kot2 lepas nih nak buat lagi..Kak Madiha mohon kopipes yer...

RAINBOW MARBLE PUDDING
Sumber: Sis Blackmore
Bahan-bahannya
2 bungkus serbuk agar-agar (sebungkus 13 g)
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya
Cara-caranya
1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih. Kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata. Adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing-masing diwarnakan dengan kuning dan merah.
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung ataupun bulat seperti yang dalam gambar.
6. Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras. Tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat. Ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
7. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Monday, July 19, 2010

Fruit Tart

Alhamdullilah saya mendapat tempahan Fruit Tart dari kawan SIL saya. Lepas nih kalau saper2 nak order boleh call saya.

Strawberry Smoothie







Strawberry smoothie....sedap dan menyegarkan..Resepi nih saya tengok masa jalan-jalan kat blog Kak Hana.Kak Hana guna blueberry saya plak tukar kepada strawberry. Strawberry tengah banyak kat rumah. nih pun dok ada lagi balance..tak tau nak buat apa lagi.Resepi cam kat bawah nih..

Bahan-bahan
2 cawan susu segar
1 cawan blueberry segar - buh jem@filling pong bleh juga -Masni- saya guna Strawberry
1/2 cawan yogurt plain - nih hana tambah - Masni- saya guna yogurt perisa strawberry
1/4 cawan gula
1sk esen vanila - x ltk - Masni - saya pun x letak
10 ketul kiub ais atau lebih

Cara-cara
1. Blend semua bahan hingga smooth.
2. Tuang ke dalam gelas dan hidangkan.

Friday, July 16, 2010

Saya Suka Citarasawan kerana......


Salam...ari nih saya gantung periuk sebab husband outstation..so memang tak masak apa-apa kecuali bubur nasi untuk anak saya ...camera pun tak mau ok lagi...so tadi jalan-jalan dan nak promotelah blog Kak Wan. Saya suka Citarasawan kerana....
  • blog yang mempunyai banyak ilmu, tips dan resepi. Macam-macam ada kat blog Kak Wan ni...kiranya info di hujung jarilah...
  • blog ni pun gambar cantik2...terang dan jelas..

Apa-apa pun saya suka blog citarasawan.

Thursday, July 15, 2010

Tips-tips berguna

Salam...ari nih camera saya still buat hal lagi..ada jugak masak..tapi tak boleh nak post kat dalam blog...so saya nak kongsi tips-tips berguna yang saya dapat email dari kawan saya.

Great household tips to wives and husbands as well.


1.Ants Problem : Ants hate cucumbers. Keep the skin of cucumbers near the place or ant hole.
2.To get pure and clean ice : Boil water first before freezing.
3.To make the mirror shine : Clean with spirit
4.To remove chewing gum from clothes : Keep the cloth in the freezer for an hour.
5.To whiten white clothes : Soak white clothes in hot water with a slice of lemon for 10 minutes 6.To give a shine to hair : Add one teaspoon of vinegar to hair, then wash hair.
7.To get maximum juice out of lemons : Soak lemons in hot water for one hour, and then juice them.
8.To avoid smell of cabbage while cooking : Keep a piece of bread on the cabbage in the vessel while cooking. .
9.To avoid tears while cutting onions : Chew gum.
10.To boil potatoes quickly : Skin one potato from one side only before boiling.
11.To remove ink from clothes : Put toothpaste on the ink spots generously and let it dry completely, then wash.
12.To skin sweet potatoes quickly : Soak in cold water immediately after boiling.
11.To get rid of mice or rats : sprinkle black pepper in places where you find mice or rats. They will run away.

Chinese Proverb: 'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others. So..., DO as I have done!

Monday, July 12, 2010

Congo Bars..yum..yum

Projek hujung minggu, saya buat Congo Bars..saya tengok resepi dari Blog Edi, Rasa sedap, choc chip yang banyak, ada pecan yang menambah kesedapanya lagi...InsyaAllah raya nih mesti buat.

Congo Bars

Congo Bars yang baru kuar dari oven...



Resepi yang senang dan mudah nak buat, kalau nak tengok version Edi, boleh tengok kat sini.

Saya mohon CnP kat blog saya yer Edi.

Congo Bars
2 3/4 cup flour (tepung gandum biasa)
2 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
2/3 cup butter
8oz light brown sugar (equals to 1 1/2cup)
3 large eggs
1 tsp vanilla
2 cups chocolate chips
1 cup pecans (i didn't use this) Masni - saya letak

Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.

Stir brown sugar into softened butter (room temp) in another large bowl until butter disappears.
(I used a wooden spoon) Masni - saya pun guna wooden spoon
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg (using the same wooden spoon).
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well. (also using spoon)

Add dry flour mixture and stir until well combined. (also using spoon)

Bake in a 13/9 inch pan at 170C for about 30 minutes or until the top is golden brown.
Make sure you don’t over bake. ( i baked exactly 30 mins at 165C)

note: Saya guna 8 inch x 8 inch. Adunan memang naik tinggi sikit. Kalau nak buat pulak untuk raya nanti, saya nak buat rendah skit.

Sarapan di Jitra-Kedah

Dah sarapan? Amik gambar nih masa balik kampung awal bulan ari tur...kalau balik mesti makan nasi lemak, bihun goreng dan kuih-muih. Yang membeli nih abah saya, dia mesti beli kat pasar pagi Jitra.
Kuih yang jadi kegemaran kami sekeluarga. Ada ketupat palas version pulut putih dan pulut hitam, cekodok pisang ngan bilis pastu kuih apam yang boleh dicicah ngan kuah durian.
Memang sedap...



Saturday, July 10, 2010

salam...

lamanya tak update blog nih...sepanjang 2 minggu lepas agak buzy skit plus tak sihat..emm tak sihat saya batuk ngan selsema pastu anak saya yang kecik, Aiyah pun turut batuk dan selsema kemudian husband saya pulak dah terjangkit ngan virus nih...saya ada jugak masak2 kat rumah tapi masak yang simple2 sajer..pastu camera plak buat hal...tak dapat nak amik gambar..hish...apa2 pun hujung minggu ni ada project baking nak buat nih...pagi tadi sebelum kuar pergi kerja dah semangat kuarkan buttercap kat dalam fridge...mmmm...InsyaAllah saya akan postkan apa project saya weekend nanti.