Kisah hidupku yang suka memasak dan keluargaku yang tersayang.Berkongsi cerita,pengalaman dan juga resepi.
Tuesday, June 29, 2010
Cupcakes untuk jualan
Buttercream simple decoration - RM 1.00 per piece
Thursday, June 24, 2010
Sardin Puff
Salam...menu breakfast pagi nih...sardin puff...senang jer nak buat..
Resepi
Kulit
5 keping kulit puff frozen (jenama Kawanku)
Inti
Ikan Sardin
Bawang besar (potong dadu)
Garam secukup rasa
1. Panaskan Oven dengan suhu 180 darjah celsius selama 10 minit.
2. hancurkan ikan sardin dengan garpu dan campurkan bawang yang didadu.Perasakan dengan garam
3. Kulit puff di potong dua. Letakkan inti dan dilipat dua.Kelim kulit puff dengan menekan guna garpu. Kemudian di atas kulit puff tadi dikelar sedikit. Jangan sampai putus..kalau putus..isi akan keluar masa kita bakar nanti.
4. Loyang disapu dengan marjerin agar tidak melekat nanti. Susun biar ada jarak sebab puff akan mengembang bila di bakar. Sapukan kuning telur di atas puff.
5. Masukkan dalam oven selama 15-20 minit atau hingga masak kekuningan.
Donat Suria
Salam...menu minum petang semalam...buat donat suria...resepi amik dari Blog Kak Hana.Mohon CnP yer kak hana. Alhamdullilah sedap dan lembut donut nih. Boleh buat stok donut frozen. Saya buat saiz kecik-kecik untuk sekali ngap. Anak saya, Wafiy suker sangat ngan donut nih.
DONUT SURIA
By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net
Bahan A
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
3 sudu besar gula caster
** I like this count of threes....senang ingat!!!! - aku setuju!! hihihi
Bahan B
200ml air suam
2 sudu teh instant yeast
=> 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.
Kaedah penyediaan
Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.
Tuesday, June 22, 2010
Steamboat @ office
Al kisah...rakan2 opis nak makan steamboat..aku ada periuk steamboat so kitarorg buat time lunch hour ari jumaat...time nih rehat lamer skit pastu org laki semua pegi semayang jumaat...apa lagi buat pesta kat pantry opis...memang meriah ..puas makan...
Chocolate cake
kek nih my frenz Yan order...teringin nak makan katernyer sebelum bersalin...apa2 pun Yan...thanks for your support...
kek nih kak sab ngan kak zira order untuk makan ngan family diorg....thanks to both of you for your support.
Devil Food Chocolate Cake for My Lovely Husband on his birthday 27 May 2010.
Sedap kek nih...
Deco-deco cupcake
Yang ni buat hadiah untuk My Boss yang nak resign...Pn Sabarina.Hepi sangat sebab dia suka dapat cup cake nih...yang nih Strawberry Choc chip Cuppies..
Ni kiranyer hasil pertama selepas pergi kelas...dah lama buat..tapi waktu tur blum ada blog lagi...so sekarang nih baru nak post kat blog...Alhamdullilah menjadi jugak...terketar-ketar jugak tangan nih...terima kasih Siti...yang nih untuk hantaran kawan dia...yang nih Vanilla Oreo Cuppies
Subscribe to:
Posts (Atom)