Banyak pula cerita saya kali ni, kisah cuppies sayakali nie order dari Shidah, dan Shidah dah banyak kali order ngan saya, terima kasih..khas untuk keluarga dia kat kampung, Happy Birthday to k.Pah, k. Tie, Hubby, m.Dik, Nadia, Afiq dan Abduh. Bestnya dapat sambut birthday skali..Deco kali ni Shidah nak variety dan BEN 10. Katanya anak sedara dia suka Ben 10. Thanks Shidah.
Kisah hidupku yang suka memasak dan keluargaku yang tersayang.Berkongsi cerita,pengalaman dan juga resepi.
Monday, August 30, 2010
Di Bulan Mulia..
Thursday, August 26, 2010
Apom Lenggang
Bagi yang teringin nak buat, resepi asal saya amik dari blog Cikgu Hana (a.k.a Kak Hana)
saya juga nak tepek kat blog saya nih resepi dia...kopipes nyer kak Hana..tengkiu...
Bahan-bahan
300g tepung beras
270 ml santan pekat
1 sudu kecil yis kering
60g gula
1/2 cawan nasi
secubit garam
Cara-cara
1. Kisar semua bahan kecuali garam hingga sebati.
2. Tuang kedalam mangkuk dan masukkan secubit garam. Kacau sebati. Boleh tambah sedikit air jika adunan kelihatan agak pekat.
3. Rehatkan selama 1 jam.
4. Panaskan kuali non - stik dan masukkan 1 1/2 senduk besar ke dalamnya.
5. Lenggangkan merata didalam kuali.
6. Tutup kuali tersebut dan biarkan 2 hingga 3 minit.
7. Angkat apom dan terus gulung. Ulang langkah tadi hingga habis.
Selamat mencuba.
Rohaizad - Vanilla Oreo Cake
Tuesday, August 24, 2010
Roti sardin
ROTI SARDIN
10 bj bun burger - saya guna 4 biji roti burger Gardenia. Roti ni dah siap dipotong.
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak
Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.Padamkan api dan kacau hingga sebati.Ketepikan.Cara2Potong dua bun burger.Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakangPenyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain.
Monday, August 23, 2010
Kuih Dadar Samarinda dan Roti Jala Berinti
DADAR LAUK SAMARINDA
Bahan-bahan:
610 gm air
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak jagung
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning
Bahan inti:
30 gm daging ayam cincang- saya guna jenama Ramly
30 gm sayur campur frozen
1 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar serbuk kari daging
5 sudu makan minyak masak
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua adunan hingga menjadi seperti adunan goreng pisang.
2. Kemudian masak di atas kuali dan leperkan secara membulat satu persatu hingga habis. Ketepikan.
3. Untuk membuat inti, panaskan minyak, dan tumis bawang besar hingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari dan sikit air dan masak hingga terbit minyak.
5. Masukkan daging ayam cincang, sayur campur, garam dan gula dan tunggu hingga masak.
6. Ambil dadar tadi, letakkan inti di atasnya dan gulung.
Sedia untuk di hidang.
** K.Nor guna botol mayo yg aritu utk buat stripe kat atas dadar tu
Kalau sapa2 nak buat gitu, asingkan sket adunan dan warnakan dgn warna yg kontra dgn warna asas dadar.
Lepas dah lenggang dadar tu dan dah kering permukaan atasnya, picit adunan yg dlm botol mayo tu.
Biarkan hingga adunan strip masak baru la diangkat
Terbalikkan atas dulang, isikan inti dan baru la digulung.
Sebaiknya sejukkan sekejap dadar sebelum mulakan proses meletak inti dan menggulung supaya dadar kita tak pecah. P/s - saya ikut mcm kak nor jugak untuk dapat strip kat kuih dadar.
Thursday, August 19, 2010
Yana - Hadiah untuk saudara di kampung
Wednesday, August 18, 2010
Roti Sosej
Resepi dari Dapur Tanpa Sempadan..izinkan saya kopipes kat sini nyer Cik Mat
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday") - saya guna nespray
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
3. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....
Subscribe to:
Posts (Atom)