Showing posts with label anak-anakku. Show all posts
Showing posts with label anak-anakku. Show all posts

Monday, April 25, 2011

Birthday anak-anakku..

Salam update blog, kali ini saya nak update tentang birthday anak2 saya pada bulan Jan & Feb yang lepas. Pada 3rd Jan 2011, anak comel saya Aisyah menyambut hari kelahiran yang pertama, walaupun saya busy dengan kerja, maklumlah awal tahun, sempat jugak saya buatkan kek coklat dan cupcakes untuk rakan2 di nursery. Seterusnya pada bulan February, pada 11th Feb 2011, merupakan tahun kelahiran Wafiy yang ke 4. Menu sama seperti adik dia, cuma Wafiy nak Ben 10 edible image pada keknya.

Sepasang permata hati dan pengarang jantung saya...love both of u sooo much

Birthday cake & cupcakes - Wafiy

Birthday cake - Aisyah

Cupcakes - Aisyah

Monday, October 25, 2010

Sepagi d Tasik Shah Alam, Sepetang d Tasik Darulaman

Assalammualaikum...kali ni n3 tentang aktiviti hujung minggu bersama keluarga saya, last week balik ke Jitra dan sempat bawa anak-anak ke Tasik DarulAman di Jitra, Kedah.
Aktiviti berkayak, jogging, dan mcm2 aktiviti bersama keluarga ada di Tasik DarulAman ni...
Sepetang di Tasik DarulAman, Jitra, Kedah Darul Aman...

Sepagi di Tasik Shah Alam....indah dan tenang.
Anakku Aisyah
Anakku Wafiy ...ada stail kan..hehehe..
Aktiviti wajib Wafiy kalau kat Tasik Shah Alam...bagi roti kat ikan dan kura-kura..


Wednesday, September 29, 2010

Simple Birthday Party...

Aisyah posing bersama raket badminton, mungkin besar esok-esok boleh jadi pemain negara kot..hik.hik..
Simple celebration jer...tukang buat cuppies tak sempat buat kek untuk diri sendirik, so beli kat kedai kek resepi rahsia. beli 2 slide jer, moist choc cake ngan dark white chocolate cheese cake, kedua-duanya sedap...seperti biasa wafiy nyanyi lagu happy birthday, aisyah buat tak layan jap..

Pastu Wafiy dah tak sabar nak potong kek, kek tur sedap sgt sampai pisau yang potong kek pun dia nak makan,nasib baik pakai pisau yang sapu butter kat roti.. aisyah dah start pelik...naper dia tak dapat makan..hmmm


masing -masing dah x sabar termasuk ibu dia jugak...

last...makan time...

Monday, August 9, 2010

apam dot-dot + alphabet

salam minum petang...saya buat apam dot-dot plus ada alphabet untuk anak saya..suker dia. Ini kali kedua saya buat apam ni..masa kali pertama dulu saya blum ada blog lagi. Resepi dari dapur Kak Hana

Tuesday, June 29, 2010

Creative ....

Kisahnyer...anak saya, Wafiy sibuk nak tolong saya buat decoration untuk cupcakes yang saya nak jual kat UiTM Puncak Alam, saya bagi kat dia 2 bijik cupcakes..dan inilah hasilnya...dia enjoy dan happy deco cupcakes dia...

Tuesday, June 22, 2010

anak-anak ku


ni adalah anak-anak ku yang tersayang...yang sulung nama Muhd Wafiy Lukman dah 3 tahun dah dan yang kecik nih Nur Aisyah Sofea yang baru berusia 5 bulan...