Tuesday, November 23, 2010

Bingka pisang

Salam, dah lama saya teringin nak buat bingka pisang ni. Memandangkan saya ada stok satu sisir pisang awak, so sebelum pisang ni rosak cepat2 saya buat bingka pisang. Resepi saya amik dari kak fida @ myresepi.com. Bingka pisang ni sedap, tak terlalu manis dan moist gitu. Resepi asal boleh dilihat disini. Saya juga nak share resepi bingka ni kat blog saya.

Bahan-bahan ( 2 keping acuan bahulu pecah 8/loyang 9x6inc. )
2 cawan pisang yang dilecek halus
1/2 cawan gula merah
2 biji telur
100 ml santan pekat - saya pakai santan kotak
sedikit garam
sedikit esen vanilla/pisang
1 sb majerin/mentega
1-11/2 cawan tepung gandum - diayak
2 biji pisang-didadu ketika hendak dicampurkan ke dlm adunan

Cara-cara

  1. Pisang lecek,gula,telur,santan,garam,majerin dan esen dikacau rata.
  2. Masukkan tepung dan kacau terus hingga sebati.
  3. Masukkan pisang dadu ke dlm adunan dan gaul sebati.
  4. Loyang/acuan disapu majerin dan dipanaskan sebentar dlm oven,keluarkan dan tuang adunan bingka dan bakar selama 30 min atau hingga garing permukaannya.
  5. Sejukkan kuih di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.


Thursday, November 18, 2010

Banana Chocolate Muffins

Salam Aidil Adha, lama sungguh saya tak update blog saya, tak sempat nak update sebab, anak2 dan saya tak berapa sihat dan sekarang semua dah ok dah. Pastu kerja kat office pun banyak, nih pun curi masa skit..hehhehe..kesempatan yang ada saya sempat baking Banana Chocolate Muffin. Muffin nih hasil jalan2 ke blog kak Rima. Muffins ni memang sedap, moist dan penuh dengan rasa pisang dan chocolatenya...1st time saya cuba resepi muffins dari blog kak Rima dan ini hasilnya. Resepi boleh dapat dari sini nyer.
Model saya
Banana Chocolate Muffin

Wednesday, November 3, 2010

Roti Mamafami

Assalammualaikum.
Dah lama saya tak meroti dan resepi roti mamafami ini dari blog Cik Mat Gebu. Saya letak jem strawberry, kiwi dan blueberry sebagai inti untuk roti saya. Roti ini sedap dan lembut. Izinkan saya share resepi roti ini dalam blog saya nyer..saya CNP resepi dari blog CMG dan harap CMG dan Mamafami tak kisah. Thanks.
Roti mamafami

Bahan-Bahannya :-)
400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g gluten (mat ganti dgn bread softerner)-saya pun guna bread softener
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A
190 g air ( = 190 ml)
30 g mentega
30 g lemak sayur
Cara membuatnya :-)

1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativit masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
3. Bila siap alih kan ke dalam dulang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10 - 12 minit, atau bergantung pada oven masing2....

Monday, November 1, 2010

Happy Birthday Mak dan Kak Chik

Assalammualaikum...salam hari Isnin yang ceria. Hadiah dari seorang anak kepada mak ngan adik dia. Kena plak Mak ngan adik sambut hari lahir pada tarikh yang sama. Kek coklat with ganache ni order dari officemate saya, Yan. Yan selalu order kek coklat dari saya, terima kasih sebab selalu support saya.

Saturday, October 30, 2010

Firecracker Shrimps

Salam...semalam dinner saya buat Firecracker shrimp, sedap dimakan ketika panas dan cicah dengan sos cili thai yang pedas dan manis2 gitu. Disebabkan tergoda tengok Kak Ayu Singapore buat...dan saya pun try buat dan alhamdullilah menjadi ( saya balut macam balut popiah). Resepi dan cara membalut udang ada dalam blog Kak Ayu di sini. Di sini saya sertakan resepi juga bagi pembaca blog saya. Kak Ayu mintak izin saya CNP resepi dari blog akak nyer...Tq
Firecracker Shrimp

Bahan-Bahan
20 atau 25 ekor udang besar, dibuang kulit dan dibersihkan-
15 keping kulit popiah (jenis eggroll/springroll) dilipat dua dan potong segitiga
minyak untuk menumis dan mengoreng

Bahan Untuk diperap
1 sudu kecil bawang putih yang dicincang halus 1/2 sudu kecil halia yang diparut 1/2 sudu kecil minyak bijan (sesame oil)1 sudu kecil kicap
1 sudu kecil sweet chili sauce1 sudu kecil tepung jagung
sedikit garam -(Ayu tambah)

Bahan Untuk Pes tepung jagung
1 sudu besar tepung jagung 1/4 cawan air, digaul rata bersama tepung jagung tadi (untuk dijadikan pelekat pada kulit popiah)

Cara-Cara
1. Dalam sebuah mangkuk gaul rata bahan pemerap sehingga 20 minit.
2. Setelah itu keringkan bahan yang diperap tadi bersama paper towel. Ambil 1 ekor udang tadi
dan gulungkan bersama kulit popiah. Kemas dan lekatkan bersama bancuhan tepung jagung.
3. Goreng dalam minyak yang panas dalam angaran 3 minit atau sehingga kekuningan. Siap dicicah bersama sweet cili sauce.

Selamat mencuba

Kek Marble Cheese

Assalammualaikum, salam pagi sabtu yang sejuk dan dingin, dah lama teringin nak baking kek coklat marble cheese ni dan resepi yang saya gunakan dari blog Kak Nor. Kek ni memang sedap, lembut, moist dan marbeles. Kak Nor, saya mintak izin CNP resepi nyer, buat simpanan folder resepi saya. TQ.

KEK MARBLE CHEESE by Umi Feeza MyR
* Bahan A*
185gm butter*
1/4 cwn serbuk koko*
1/2 cwn gula halus*
1 cwn tepung naik sendiri*
2 biji telur*
k.nor tambah 1/3 cawan susu fresh sbb adunan agak pekat*
Bahan B*
250gm cream cheese*
1/2 cwn gula halus*
1/4 cwn fresh milk*
1 biji telur*
1 sudu teh esen vanilla
Cara membuatnya
1. Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
3. Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
4.Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
5. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong.

Friday, October 29, 2010

Cucur jagung dan Croissant

Salam..menu breakfast...tapi sekarang waktu dekat2 minum petang dah...takpelah cucur jagung nih pun boleh wat minum petang jugak kan..
Cucur Jagung Manis -
Resepi:
Jagung, Tepung gandum, sedikit tepung jagung, sedikit garam, gula, telur dan air suam.
Cara membuat: campurkan kesemua bahan-bahan, bancuhan cucur tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Macam buat jemput2 pisang. Senang jer kan...
Croissant - Chicken slide, mayonis, daun salah, timun dan tomato.

Nasi Kandaq Line Clear

Assalammualaikum,
N3 tertunggak, last balik Jitra n bawa family pi Penang untuk pekena nasi kandaq Line Clear. Dari saya kecik sampai sekarang kalau makan nasi kandaq kat Penang mesti kat Line Clear...memang line clear punya lah...
Main entrance...lorong kecik jer
Kari Ikan Bawal yang sedap...resepi? sori...tak tau...:)
Selepas pekena nasi kandaq...sori tersalah upload...hehehe
Sebelum makan..
Wafiy yang ceria...

Monday, October 25, 2010

Sepagi d Tasik Shah Alam, Sepetang d Tasik Darulaman

Assalammualaikum...kali ni n3 tentang aktiviti hujung minggu bersama keluarga saya, last week balik ke Jitra dan sempat bawa anak-anak ke Tasik DarulAman di Jitra, Kedah.
Aktiviti berkayak, jogging, dan mcm2 aktiviti bersama keluarga ada di Tasik DarulAman ni...
Sepetang di Tasik DarulAman, Jitra, Kedah Darul Aman...

Sepagi di Tasik Shah Alam....indah dan tenang.
Anakku Aisyah
Anakku Wafiy ...ada stail kan..hehehe..
Aktiviti wajib Wafiy kalau kat Tasik Shah Alam...bagi roti kat ikan dan kura-kura..


Thursday, October 21, 2010

Prata Roll

Assalammualaikum, sarapan pagi tadi yang baru nak post n3, prata roll dengan telur bermayonis. Senang dan cepat dimasak.
Resepi:
3 keping frozen Prata jenama Kawanku
2 biji telur
sedikit marjerin
sedikit mayonis
Caranya:
1. Panaskan pan dan masukkan sedikit marjerin. Kemudian, masukkan Prata dan biar masak seketika.
2. Panaskan kuali dan masukkan sedikit marjerin dan bila marjerin dah cair pecahkan telur dan buat telur cincang. Bila telur cincang dah masak, tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk/piring, kemudian gaul dengan sedikit mayonis, kalau nak pedas boleh tambah serbuk lada hitam.
3. Apabila prata dah masak, letakkan sedikit inti telur cincang di atas roti prata dan gulung, sebaiknya gulung ketika roti masih suam2 panas. Buat hingga selesai dan boleh dihidangkan.
Selamat mencuba...

Thursday, October 14, 2010

Tom Yam & Pengat Pisang

Pengat Pisang untuk sarapan pagi ni. Husband saya pengemar segala jenis bubur/pengat dan yang sama waktu dengannya. Ini permintaan suami saya nak makan pengat pisang nangka. Pisang ni masam-masam manis, saya campurkan jagung (kes takda biji sagu dalam stok) dan saya buat jemput2 tpg gandum kaler purple, nak kasi naik warna yang menarik dalam pengat saya.
Menu dinner semalam, tomyam ayam dan sayur-sayuran..simple jer...tak letak resepi pun takpe kan...pasti ramai kat luar sana lagi terror masak tomyam.


Tuesday, October 12, 2010

Soto Rempah Mak Siti

Assalammualaikum...
lamanya tak update....tak sempat...sori sangat2...
Saya ada buat soto guna rempah Mak Siti..sedap, kuah dia pun pekat2 skit. Senang jer nak buat, tapi banyak kerja skit lah...

Resepi yang sempoi:
1 pekat kecil Rempah Soto Mak Siti
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 inci hali
(ketiga-tiga bahan dimesin)
3 gelas air rebusan ayam
2 sudu makan minyak masak

Bahan-bahan sampingan
Nasi impit segera
Suhun - digoreng terlebih dahulu
Tauhu - dipotong dan digoreng
Daun sup dan bawang
Isi ayam - dicarik halus
Bawang goreng
Sambal kicap

Cara memasak kuah soto my style
1. Panaskan periuk dan masukkan 2 sudu makan minyak masak.
2. Tumis bahan yang diblender hingga wangi.
3. Masukkan rempah soto Mak Siti. Kacau seketika dan masukkan air rebusan ayam.
4. Biarkan mendidih dan masukkan garam secukup rasa.
5. Sedia dihidangkan bersama bahan-bahan sampingan.

Wednesday, October 6, 2010

Yee Mee Szilling,ketupat palas, nasi impit ngan kuah lodeh

Dinner ngan family, saya buat yee mee szilling, gara-gara tergoda tengok dalam blog Kak Nor. Husband saya memang suka makan mee szilling dan puas makan sebab kalau kat kedai sikit jer kuantiti bahan-bahan dia. Kalau nak tengok resepi boleh tengok kat blog Kak Nor.
Menu jamu member kat opis. Ketupat palas import dari Jitra. Kuah Lodeh nie belajar masak dari mak mertua dan nasi impit beli yang segera jenama Nona.


Red Velvet Cake @ Whisk Empire Subang Jaya

Assalammualaikum...lama sungguh tak update blog...dah tak tahu nak karang apa plak nih...
Red Velvet Cake nih memang dah lama saya teringin nak makan..dah cari resepi tapi x sempat buat. Masa pergi jalan2 kat Empire Subang Jaya saya dah admire nak makan kek si baldu merah ni kat Whisk dan tercapai juga hasrat saya. Kisahnya saya tengok dalam blog Kak June owner blog cupcake kasih dan dia recommendkan kek nih..so saya pun try...rasa sedap. Plan nak buat sebijik sebab tak puas makan satu slice sahaja...InsyaAllah kalau ada kesempatan saya memang nak buat kek nih...InsyaAllah saya akan post dalam blog nanti.

Wednesday, September 29, 2010

Puff blueberry ngan puff mix vege sausage

Menu semlm waktu berbuka puasa sunat syawal..saya masak Puff blueberry ngan mix vege n sausage puff. Saya tengok blog kak Hana dan blog kak ira nampak menarik dan sedap. Memang menarik dan sedap. Saya guna kulit pastry kawanku yang memang best. Nak buat pun senang, boleh refer kat blog kak Hana, siap ada step by step lagi. Saya punya simple jer, saya ada blueberry filling letak kat atas kulit puff (ikut step yang macam blog kak hana). Untuk mix vege n sausage puff tur, saya amik satu keping kulit puff, letak sausage yang dipotong (ikut suka nak potong stail mana pun), amik sedikit mix vege letak atas nyer, pastu letak sikit keju yang di parut( kalau ada, kalau takde tak letak pun tak per), picitkan mayo dan bakar dalam oven selama 20 minit. suhu oven 175 darjah celcius.

Set menu berbuka puasa, Sempoi siakap stem, ngan sayur campur ngan tahu telor goreng.

Simple Birthday Party...

Aisyah posing bersama raket badminton, mungkin besar esok-esok boleh jadi pemain negara kot..hik.hik..
Simple celebration jer...tukang buat cuppies tak sempat buat kek untuk diri sendirik, so beli kat kedai kek resepi rahsia. beli 2 slide jer, moist choc cake ngan dark white chocolate cheese cake, kedua-duanya sedap...seperti biasa wafiy nyanyi lagu happy birthday, aisyah buat tak layan jap..

Pastu Wafiy dah tak sabar nak potong kek, kek tur sedap sgt sampai pisau yang potong kek pun dia nak makan,nasib baik pakai pisau yang sapu butter kat roti.. aisyah dah start pelik...naper dia tak dapat makan..hmmm


masing -masing dah x sabar termasuk ibu dia jugak...

last...makan time...

Tuesday, September 28, 2010

Hari ini hari lahir saya yang ke -31

Assalammualaikum...lama sungguh rasanya tak update blog, agak bizi dengan kerja di office dan di rumah. Alhamdullillah masih lagi bernafas dan dipanjangkan umur pada hari ini. Hari ini merupakan hari lahir saya yang ke 31. Ucapan terima kasih tak terhingga pada suami dan keluarga saya yang dah wish by email ngan sms pagi tadi. pastu saya check email, ada juga yang wish melalui facebook pun, terima kasih banyak2. Nak bukak facebook kat office tak boleh, so tunggu malam karang baru boleh bukak FB. Dah lama juga dapur saya tak berasap sebabnya, memory card camera kena virus, so memang masak juga tapi tak de gambar. Masak biasa2 ajer..

Oklah, Insya Allah selepas nih akan merajinkan diri kembali mengupdate blog.

Saturday, September 18, 2010

Selamat Bertunang Aida dan Alif

Selamat bertunang buat Aida dan Alif...semoga kekal hingga ke jinjang pelamin..Cuppies order dari adik ipar saya untuk dihadiah kepada sahabat baiknya yang nak bertunang di Terengganu.

Raya 2010

Assalammualaikum...
Gambar bersama keluarga..yang x dak dalam gambar nih husband saya, wafiy ngan adik saya yang kedua.
mak saya bersama Aisyah
Aisyah yang semakin pandai posing depan camera

Wafiy dah x sabar nak balik kampung.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari raya Aidilfitri

Assalammualaikum
Selamat hari raya untuk semua reader Chaq @ Kitchen..Maaf zahir batin..InsyaAllah saya akan pulang ke Jitra, Kedah pada 9/09/2010. Semoga kedatangan Syawal yang mulia ini akan mengeratkan lagi tali silatulrahim antara kita semua.Mungkin selepas ni lambat sikit nak update blog sebab kat kampung bersama keluarga...InsyaAllah selepas raya kat kampung saya akan kongsi cerita suasana hari raya kat kampung saya...
Thanks you Kak Suhaila...mungkin cuppies nie dah sampai Sungai Petani dah...

Thanks lagi untuk Kak Suhaila yang order 2 box 16pcs cuppies ngan saya..

Thanks PG ngan NDA...semoga selamat sampai ke kampung halaman di Kelantan..
Kepada yang lain2...semoga selamat pulang ke kampung halaman masing2. Berhati-hati di jalan raya...maklumlah time2 raya nie kereta banyak kan...so be careful.

Tuesday, September 7, 2010

Cuppies buat isteri

Assalammualaikum....Order dari member office saya, Daffi untuk sambut hari lahir isteri tercinta iaitu Rozipah...Selamat Hari Lahir Ipah, semoga panjang umur, sentiasa dimurahkan rezeki dan bila nak peggy lagi?? hehehe


Thursday, September 2, 2010

Roti Jala dan Kuah Durian

Salam semua...menu berbuka saya yang simple iaitu roti jala dan kuah durian. Resepi saya untuk roti jala saya main agak-agak ajer..tepung gandum, susu sejat(susu cair) telur 1 biji, garam dan gula. Saya masukkan dalam blender dan blend jer adunan nih..kalau agak pekat saya tambah air sikit...dah pun main agak2 jer...sebab dah lambat masuk dapur. Kuah durian pulak, saya guna santan, durian dan sedikit gula. Alhamdullilah menjadi.

Sara is 2

Assalammualaikum...lama x update blog, bukan saya malas cuma tak sempat nak update..
saya ada buat cuppies untuk birthday anak kawan saya iaitu, Yanie. Deco simple dan ringkas dan ditambah pula dengan edible image toy story 3. Menurut Yanie, Sarah amat mengemari watak Toy Story. Semoga Sarah menjadi anak yang solehah dan sentiasa sihat dan ceria...