Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

Bingka pisang

Salam, dah lama saya teringin nak buat bingka pisang ni. Memandangkan saya ada stok satu sisir pisang awak, so sebelum pisang ni rosak cepat2 saya buat bingka pisang. Resepi saya amik dari kak fida @ myresepi.com. Bingka pisang ni sedap, tak terlalu manis dan moist gitu. Resepi asal boleh dilihat disini. Saya juga nak share resepi bingka ni kat blog saya.

Bahan-bahan ( 2 keping acuan bahulu pecah 8/loyang 9x6inc. )
2 cawan pisang yang dilecek halus
1/2 cawan gula merah
2 biji telur
100 ml santan pekat - saya pakai santan kotak
sedikit garam
sedikit esen vanilla/pisang
1 sb majerin/mentega
1-11/2 cawan tepung gandum - diayak
2 biji pisang-didadu ketika hendak dicampurkan ke dlm adunan

Cara-cara

  1. Pisang lecek,gula,telur,santan,garam,majerin dan esen dikacau rata.
  2. Masukkan tepung dan kacau terus hingga sebati.
  3. Masukkan pisang dadu ke dlm adunan dan gaul sebati.
  4. Loyang/acuan disapu majerin dan dipanaskan sebentar dlm oven,keluarkan dan tuang adunan bingka dan bakar selama 30 min atau hingga garing permukaannya.
  5. Sejukkan kuih di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.


Friday, October 29, 2010

Cucur jagung dan Croissant

Salam..menu breakfast...tapi sekarang waktu dekat2 minum petang dah...takpelah cucur jagung nih pun boleh wat minum petang jugak kan..
Cucur Jagung Manis -
Resepi:
Jagung, Tepung gandum, sedikit tepung jagung, sedikit garam, gula, telur dan air suam.
Cara membuat: campurkan kesemua bahan-bahan, bancuhan cucur tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Macam buat jemput2 pisang. Senang jer kan...
Croissant - Chicken slide, mayonis, daun salah, timun dan tomato.

Thursday, October 14, 2010

Tom Yam & Pengat Pisang

Pengat Pisang untuk sarapan pagi ni. Husband saya pengemar segala jenis bubur/pengat dan yang sama waktu dengannya. Ini permintaan suami saya nak makan pengat pisang nangka. Pisang ni masam-masam manis, saya campurkan jagung (kes takda biji sagu dalam stok) dan saya buat jemput2 tpg gandum kaler purple, nak kasi naik warna yang menarik dalam pengat saya.
Menu dinner semalam, tomyam ayam dan sayur-sayuran..simple jer...tak letak resepi pun takpe kan...pasti ramai kat luar sana lagi terror masak tomyam.


Thursday, September 2, 2010

Roti Jala dan Kuah Durian

Salam semua...menu berbuka saya yang simple iaitu roti jala dan kuah durian. Resepi saya untuk roti jala saya main agak-agak ajer..tepung gandum, susu sejat(susu cair) telur 1 biji, garam dan gula. Saya masukkan dalam blender dan blend jer adunan nih..kalau agak pekat saya tambah air sikit...dah pun main agak2 jer...sebab dah lambat masuk dapur. Kuah durian pulak, saya guna santan, durian dan sedikit gula. Alhamdullilah menjadi.

Thursday, August 26, 2010

Apom Lenggang

Apam Lenggang...apam lenggang...anak saya suka betul ngan apam nih...Kalau balik Jitra, kat pasar Jitra ada 2 org pakcik jual apam nih dan dia mesti nak tengok pakcik tur dok melenggang dan beli sekali mesti RM 2 untuk dia sorang...Saya tengok Kak Hana ada buat apam nih dulu...tapi macam tak rajin nak melenggang lagi..bila time bulan pose ni macam teringin nak makan...so kena melenggang ler...yang tukang lenggang nih husband saya, saya cuma tukang bancuh adunan jer...Sebab nyer anak kecik saya , Aisyah dok menangis nak suruh saya dukung dia...Ok jugak husband saya melenggang..ada talent kan...
Bagi yang teringin nak buat, resepi asal saya amik dari blog Cikgu Hana (a.k.a Kak Hana)
saya juga nak tepek kat blog saya nih resepi dia...kopipes nyer kak Hana..tengkiu...

Bahan-bahan
300g tepung beras
270 ml santan pekat
1 sudu kecil yis kering
60g gula
1/2 cawan nasi
secubit garam

Cara-cara
1. Kisar semua bahan kecuali garam hingga sebati.
2. Tuang kedalam mangkuk dan masukkan secubit garam. Kacau sebati. Boleh tambah sedikit air jika adunan kelihatan agak pekat.
3. Rehatkan selama 1 jam.
4. Panaskan kuali non - stik dan masukkan 1 1/2 senduk besar ke dalamnya.
5. Lenggangkan merata didalam kuali.
6. Tutup kuali tersebut dan biarkan 2 hingga 3 minit.
7. Angkat apom dan terus gulung. Ulang langkah tadi hingga habis.

Selamat mencuba.

Monday, August 23, 2010

Kuih Dadar Samarinda dan Roti Jala Berinti

Salam Ramadhan, sekejap jer kan dah sampai 2 minggu kita berpuasa. Kuih dadar samarinda nih hasil dari jenguk2 kat dapur Izah, Kak Nor dan lain2. Saya pun nak pecah dara acuan roti jala ngan kuali leper. Acuan roti jala saya beli kat One Utama, Kuali leper pulak saya beli ngan Chik Mimi..memang best dan excited bila buat kuih nih...cumanya kuih dadar saya nih tebal skit, so bila gulung dia pecah, resepi dari dapur Kak Nor. Saya alter inti dia dari sardin ke daging ayam cincang sebabnya saya nak perabih daging ayam cincang dalam fridge saya. Sori nyer kak Nor ngan Izah sebab saya alter inti dia. Lepas tur, ada lebihkan bancuhan tepung saya buat roti jala dan inti ayam saya letak dalam roti jala tersebut. Resepi asal boleh tengok kat sini. Alhamdullillah kuih nie memang menyenyangkan waktu berbuka puasa.

DADAR LAUK SAMARINDA
Bahan-bahan:
610 gm air
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak jagung
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

Bahan inti:
30 gm daging ayam cincang- saya guna jenama Ramly
30 gm sayur campur frozen
1 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar serbuk kari daging
5 sudu makan minyak masak
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua adunan hingga menjadi seperti adunan goreng pisang.
2. Kemudian masak di atas kuali dan leperkan secara membulat satu persatu hingga habis. Ketepikan.
3. Untuk membuat inti, panaskan minyak, dan tumis bawang besar hingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari dan sikit air dan masak hingga terbit minyak.
5. Masukkan daging ayam cincang, sayur campur, garam dan gula dan tunggu hingga masak.
6. Ambil dadar tadi, letakkan inti di atasnya dan gulung.
Sedia untuk di hidang.

** K.Nor guna botol mayo yg aritu utk buat stripe kat atas dadar tu
Kalau sapa2 nak buat gitu, asingkan sket adunan dan warnakan dgn warna yg kontra dgn warna asas dadar.
Lepas dah lenggang dadar tu dan dah kering permukaan atasnya, picit adunan yg dlm botol mayo tu.
Biarkan hingga adunan strip masak baru la diangkat
Terbalikkan atas dulang, isikan inti dan baru la digulung.
Sebaiknya sejukkan sekejap dadar sebelum mulakan proses meletak inti dan menggulung supaya dadar kita tak pecah. P/s - saya ikut mcm kak nor jugak untuk dapat strip kat kuih dadar.

Thursday, August 12, 2010

Menu berbuka - Kuehtiow sup dan Cucur Udang


Salam Ramadhan,
Menu berbuka pada hari pertama - kuehtiow sup dan cucur udang.
Kuehtiow sup nie saya letak daging dan sayur-sayuran. Cara buat yang senang dan main campak2 ajer.
Cucur Udang pula saya guna resepi dari dapur Kak Nor. Cucur udang nie lembut dan sedap, saya cicah dengan sos cili ajer. Izinkan saya share resepi di sini.
Cucur Udang - dari blog Kak Nor
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 bj telur1 sudu teh yis (mjauripan)
1 bj bawang besar ~ didadukan
daun saderi/daun bawang/kucaitaugeh
sedikit kunyit ~ nak kasi cucur kaler kuning
1 sudu teh garam
minyak utk menggoreng
# udang ~ mengikut bilangan berapa bj cucur yg dihasilkan
Cara membuatnya:
1.Campurkan kesemua bahan kecuali minyak.
2.Perap sehingga adunan naik sket (dlm 1/2 jam).Panaskan minyak dlm kuali.
3.Minyak kena lebih ya..Letak senduk bulat dlm minyak hingga minyak dan senduk panas.
4.Ceduk sedikit adunan cucur kedalam senduk dan letak udang seekor sambil tekan2 sket.
5.Masukkan dlm minyak panas dan goreng la hingga bahagian bawah cucur tu dah tak melekat kat senduk.
6.Goyang2kan sedikit senduk atau kuis jer dgn sudu atau lidi/chopstick supaya ia lekang dr senduk.Goreng cucur hingga masak dan angkat serta toskan.Bolehlah dipotong 4 sebelum dihidangkan.

Monday, August 9, 2010

apam dot-dot + alphabet

salam minum petang...saya buat apam dot-dot plus ada alphabet untuk anak saya..suker dia. Ini kali kedua saya buat apam ni..masa kali pertama dulu saya blum ada blog lagi. Resepi dari dapur Kak Hana

Wednesday, August 4, 2010

Sarapan - Cekodok Pisang Choc Chip

Salam...sarapan saya pagi nih saya buat cekodok pisang choc chip. Resepi dia senang jer, buat adunan macam nak buat cekodok pisang yang biasa cuma tambah choc chip sahaja...rasa dia tidak menghampakan tekak...memang sedap.

Thursday, June 24, 2010

Donat Suria


Salam...menu minum petang semalam...buat donat suria...resepi amik dari Blog Kak Hana.Mohon CnP yer kak hana. Alhamdullilah sedap dan lembut donut nih. Boleh buat stok donut frozen. Saya buat saiz kecik-kecik untuk sekali ngap. Anak saya, Wafiy suker sangat ngan donut nih.

DONUT SURIA
By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net

Bahan A

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
3 sudu besar gula caster
** I like this count of threes....senang ingat!!!! - aku setuju!! hihihi

Bahan B

200ml air suam
2 sudu teh instant yeast
=> 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.
Kaedah penyediaan

Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.