Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

Roti Mamafami

Assalammualaikum.
Dah lama saya tak meroti dan resepi roti mamafami ini dari blog Cik Mat Gebu. Saya letak jem strawberry, kiwi dan blueberry sebagai inti untuk roti saya. Roti ini sedap dan lembut. Izinkan saya share resepi roti ini dalam blog saya nyer..saya CNP resepi dari blog CMG dan harap CMG dan Mamafami tak kisah. Thanks.
Roti mamafami

Bahan-Bahannya :-)
400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g gluten (mat ganti dgn bread softerner)-saya pun guna bread softener
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A
190 g air ( = 190 ml)
30 g mentega
30 g lemak sayur
Cara membuatnya :-)

1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" bila lepas 30 minit, biarkan lagi 10 minit dalam breadmaker, kemudian keluarkan doh dan ikuti langkah seterusnya...
2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativit masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
3. Bila siap alih kan ke dalam dulang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10 - 12 minit, atau bergantung pada oven masing2....

Thursday, October 21, 2010

Prata Roll

Assalammualaikum, sarapan pagi tadi yang baru nak post n3, prata roll dengan telur bermayonis. Senang dan cepat dimasak.
Resepi:
3 keping frozen Prata jenama Kawanku
2 biji telur
sedikit marjerin
sedikit mayonis
Caranya:
1. Panaskan pan dan masukkan sedikit marjerin. Kemudian, masukkan Prata dan biar masak seketika.
2. Panaskan kuali dan masukkan sedikit marjerin dan bila marjerin dah cair pecahkan telur dan buat telur cincang. Bila telur cincang dah masak, tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk/piring, kemudian gaul dengan sedikit mayonis, kalau nak pedas boleh tambah serbuk lada hitam.
3. Apabila prata dah masak, letakkan sedikit inti telur cincang di atas roti prata dan gulung, sebaiknya gulung ketika roti masih suam2 panas. Buat hingga selesai dan boleh dihidangkan.
Selamat mencuba...

Tuesday, August 24, 2010

Roti sardin

Roti sardin untuk berbuka puasa, juadah yang simple dan senang nak buat. first time tengok Kak Nor buat pastu ada pulak kat rumah Cik Ayu yang tinggal jauh kat Kota Singa. Mula-mula pasang niat nak buat, kemudian beli sardin dulu...pastu 2-3 lepas tur baru pergi Tesco nak beli roti burger. Kalau nak tengok step by step boleh tengok kat blog Kak Nor. Di sini saya sertakan resepinya sekali. Seperti biasa kopipes resepi dari blog Kak Nor..mohon halal nyer kak..

ROTI SARDIN
10 bj bun burger - saya guna 4 biji roti burger Gardenia. Roti ni dah siap dipotong.
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak
Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.Padamkan api dan kacau hingga sebati.Ketepikan.Cara2Potong dua bun burger.Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakangPenyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain.

Wednesday, August 18, 2010

Roti Sosej

Salam Ramadhan...semlm nak kata terlebih rajin tak juga...gas kat rumah dah habis dan sementara nak tunggu husband balik dan beli gas, saya buat roti dan sekali harung untuk menghabiskan tepung roti .Sebelum buat saya pergi ronda kat rumah CMG cari resepi roti dia. Punya nak cepat buat roti untuk berbuka sampaikan sosej tak letak betul2..bila potong..semua ketepi...ai...sabar je lah...takpelah lenkali nak buat comel2. Ni pun kira experimen juga..sepatutnya nak buat roti sosej n mix vege tapi anak kecik, Aisyah asyik nangis jer...last2 jadi roti sosej. :)
Resepi dari Dapur Tanpa Sempadan..izinkan saya kopipes kat sini nyer Cik Mat
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday") - saya guna nespray
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
3. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

Thursday, August 5, 2010

Roti Kismis Gebu

Sarapan saya pagi bersama Roti Kismis Gebu. Keinginan nak buat roti ni dah lama sangat dah dan akhirnya tertunailah hasrat di hati pada pagi nih...kira menjadi jugaklah..lembut dan gebu. saya tak bulatkan kecik2 roti saya sebalik yang buat macam bentuk roti benggali. tur yang nampak besaq tu...takpa janji boleh makan ngan cicah ngan air kopi kaw punya..
Saya intai resepi kat blog Kak Nor dan Che Mat Gebu. Kak Nor ngan Che Mat, saya mintak izin publish resepi nih kat blog saya ya....

ROTI KISMIS GEBU
sumber : Che Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus8 g instant yeast
50 g mentega (mat guna minyak sapi@ghee)
50 g kismis
1 biji telur*1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang.
2. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
3. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.
4. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang.
5. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega.

Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba...