Friday, August 13, 2010

Bubur Lambuk

Salam, semalam hari kedua kita berpuasa, saya masak bubur lambuk. saya belajar bubur lambuk ni dari mak saya. Semalam masak lebih skit bubur ni sebab nak berbuka di rumah mertua saya kat Meru. Disini saya sertakan resepi bubur lambuk saya:

1 cawan beras - dibasuh terlebih dahulu
10 cawan air
1 cawan santan cair
1/2 kg tulang lembu
segenggam udang kering
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil halba
1 inci halia - diketuk
1/2 batang carrot - di potong memanjang
Daun sup dan daun bawang
Bawang merah - diracik halus
Sedikit minyak untuk mengoreng bawang.
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Beras dibasuh dan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan air dan dimasak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih masukkan tulang lembu dan udang kering. Masukkan halia yang diketuk, Kulit kayu manis, bunga lawang dan halba.
3. Biarkan tulang masak bersama-sama beras hingga menjadi bubur. Kemudian, masukkan carrot yang telah dipotong memanjang dan biar masak seketika.
4. Selepas itu, masukkan santan dan garam secukup rasa dan biar masak lagi hingga betul-nampak nampak pekat.
5. Sementara menunggu bubur hampir masak, boleh mengoreng bawang merah tadi untuk dijadikan bawang goreng.
6. Bila bubur dah masak, boleh masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Tutup api dan tutup periuk sekali.
7. Bila sampai waktu berbuka, bolehlah buka periuk bubur dan hidang untuk makan ersama keluarga.

No comments:

Post a Comment